Sahar'z

Sahar'z

Talk about Airconditioning

Friday, March 11, 2011

LAPORAN SEMINAR: PENJELASAN SERTA REKA BENTUK PENYAMAN UDARA
           Pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal Serta Teknologi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) dikehendaki untuk menghadiri satu seminar kejuruteraan yang telah  diadakan  pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Mac 2011

Tempat: Bilik Kuliah Makmal automotif dan enjin pembakaran Dalam

Masa: 9.00 a.m- 12.30 p.m

Jumlah peserta: 16 orang

Sehubungan dengan itu Encik muhsein bin Taib dan Encik Mahmod Abd Hakim bin Mohammad selaku penyelaras bagi seminar ini serta sebagai pensyarah bagi subjek DDF 2083 Reka Bentuk Sistem Penyaman Udara telah mengambil satu inisiatif menjemput seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan amnya dah pengkhususan kepada rekabentuk sistem penyaman udara, penceramah jemputan tersebut bernama Encik Romadan bin Hamzah yang bekerja sebagai seorang Perunding  di sebuah syarikat SAFF CONSULTANT .

            Sepanjang seminar ini dijalankan Encik Romadan mengetenggahkan corak seminar secara santai bagi  memberi peluang kepada  para pelajar bertanyakan soalan secara langsung sekiranya terdapat sebarang persoalan yang perlu untuk dijelaskan secara lanjut. Seminar ini Dilaksanakan melalui tiga sesi dan memakan masa selama lebih kurang tiga jam setengah. Sesi pertama lebih menjurus kepada bidang kejuruteraan secara umum dan menyeru para pelajar menanamkan minat dan semangat untuk mempelajari segala teori dalam bidang kejuruteraan untuk memastikan para pelajar dapat mempraktikkan ilmu tersebut  ketika berkerja di lapangan industri.
             Tambahan pula, suatu nilai tambah perlu ada dalam diri seorang pelajar kejuruteraan bagi mempersiapkan diri pelajar  apabila sebarang soalan yang berkaitan dengan kursus yang diambil,contohnya pelajar haruslah bersedia dengan sebarang penukaran unit (Standard Unit) yang sentiasa diaplikasikan ketika di industri kelak kerana tidak semua unit yang dipelajari ketika di universiti akan digunapakai ketika di industri. Pelajar  haruslah tahu mengunakan unit-unit yang ditetapkan oleh British seperti feet, cfm ,l/s, Btu/hr dan gallon. Sesi pertama ini membuka mata para pelajar bahawa cabaran ketika mengharungi alam pekerjaan nanti adalah sangat mencabar dan perlunya nilai tambah dalam diri pelajar bagi merungkai permasalahan seterusnya melahirkan model jurutera yang berkualiti dan profesional dalam segenap aspek kejuruteraan yang telah dikhususkan.      
                  
          Sesi kedua seminar ini juga berorentasikan konsep santai iaitu Encik Romadhan hanya menunjukkan lakaran rekabentuk penyaman udara yang telah disiapkan oleh beliau bagi beberapa bangunan dalam bentuk lukisan AutoCad dan Blueprint. Antara pengisian sesi tersebut beliau telah memberikan satu bentuk kes pembelajaran (case study) dalam bilik seminar bagi mengukur nilai penyejukan dalam bilik tersebut,dengan berbekalkan formula ringkas para pelajar telah mengira nilai penyejukan dan kuasa kuda ( Horse Power) bagi setiap ruang pengaliran udara (Duct system). Disamping itu beliau sendiri memberi tahu beberapa bebanan penyejukan bagi setiap ruang tertutup misalnya sebuah pejabat haruslah mempunyai lingkungan beban sebanyak 60-65 Btu/hr. Secara kesimpulanya sesi kali ini memberi peluang kepada para pelajar mampraktikkan kebolehan untuk mengira julat suhu dalam suatu permasalahan situasi yang telah sitetapkan.

         Penyaman udara secara umumnya mempunyai beberapa unit yang perlu diketahui iaitu split unit,window unit, Varable refrigerant Flow dan  Chilled water system, sesi ketiga lebih menjurus kepada penyataan masalah dan akan dijawab secara langsung oleh Encik Romadan( Question and Answer).Beberapa percambahan telah diberikan semasa sesi ini iaitu jenis pengudaraan dalam penyaman udara ada tiga jenis seperti pemasangan pada dinding (wall mounted), cyling asset dan  cyling expose. Kesesuaian meletakkan sistem penyaman udara di dalam bilik amatlah penting bagi memberi keselesaan kepada pengguna dan mengekalkan kefisyenan pengaliran udara berjalan lancar dan mengambil kira sistem perpaipan serta jenis- jenis paip yang digunakan.

          Setiap permulaan ada perakhiranya, seminar ini berakhir dengan jayanya yang memberi input berguna kepada para pelajar pengkhususan untuk bidang kejuruteraan. Keramahan encik Romadan merupakan kunci pemahaman yang begitu jelas oleh para pelajar kerana beliau memberikan realiti sebenar dan beberapa contoh permasalahan  yang turut memberikan peluang kepada para pelajar bertanyakan soalan waima kerjaya beliau sebagai seorang perunding kejuruteraan, beliau menyeru para pelajar agar gigih berusaha dan menuntut ilmu bagi mempersiapkan diri dalam segala cabaran yang mendatang.

Disediakan oleh,                                       - Dengan hikmah,kita meneroka.-                    
( Saharuddin Bin Bolong)                                  

Manusia Normal adalah manusia yang sentiasa Mengejar Cita2nya....

0 comments:

Post a Comment

 

like

Code

Be Cool