Sahar'z

Sahar'z
0 comments

Revealed to the Bee

Friday, October 28, 2011


           Bee seen remarkable architectural skill. hexagonal Tues built is based on calculating complex mathematics. They used seitem where they could maximize storage with minimal material. Interesting aspects of the cell is the bees start to build cells from different points and meet in the middle. However, there was no dispute in which the point of intersection. This situation reflects that the bees ordered from a single source
 

God inspired the creation of bees   
 
 
And thy Lord inspired the bee, saying: "Take you habitations in the mountains and timber trees, and also in the buildings erected by man. Then eat of all the flowers and fruits and follow the road rules that inspired thy smooth to you ". (So) will be out of the drink in different colors from the body containing healing for mankind. Indeed this is there for people who think.
Surah An-Nahl :68-69
 
 
Normal human beings are human beings who always think
0 comments

Hakikat yang jelas : PENCIPTAAN

           Ketika sains memusnahkan teori evolusi yang cuba menjelaskan hidupan sebagai perkembangan kebetulan, ia menunjukkan di dalam proses ini bahawa di sana terdapat sebuah ciptaan sempurna di dalam alam. Semua makhluk hidupan wujud melalui ciptaan Tuhan.

           Teori evolusi membuktikan bahawa hidupan adalah hasil" Kebetulan".Bagaimanapun, semua bukti saintifik bahawa hal ini adalah  tidak benar dan hidupan sebenarnya telah dicipta dengan sebuah rekaan yang amat superior untuk diterangkan sekadar melalui kebetulan.

         Hari ini, bagaimanapun masyarakat saintifik telah mengakui kekarutan dakwaan ini, dan sejumlah besar saintis mangakui bahawa hidupan adalah hasil kerja suatu zat Maha Pencipta.

Daripada sebuah sel menjadi seorang manusia
                    

Wahai manusia!apakah yang memperdayakan mu kepada tuhanmu yang maha pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu lalu menjadikan anggotamu sesuai, serta menjadikan sama padan dengan kekuatannya: dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakinya, dia menyusun kejadianmu. 
Surah Infithar: 6-8




biarlah kita berfikir secara normal,agar tidak membatasi Pencipta kita....


         
0 comments

Talk about Airconditioning

Friday, March 11, 2011

LAPORAN SEMINAR: PENJELASAN SERTA REKA BENTUK PENYAMAN UDARA
           Pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal Serta Teknologi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) dikehendaki untuk menghadiri satu seminar kejuruteraan yang telah  diadakan  pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Mac 2011

Tempat: Bilik Kuliah Makmal automotif dan enjin pembakaran Dalam

Masa: 9.00 a.m- 12.30 p.m

Jumlah peserta: 16 orang

Sehubungan dengan itu Encik muhsein bin Taib dan Encik Mahmod Abd Hakim bin Mohammad selaku penyelaras bagi seminar ini serta sebagai pensyarah bagi subjek DDF 2083 Reka Bentuk Sistem Penyaman Udara telah mengambil satu inisiatif menjemput seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan amnya dah pengkhususan kepada rekabentuk sistem penyaman udara, penceramah jemputan tersebut bernama Encik Romadan bin Hamzah yang bekerja sebagai seorang Perunding  di sebuah syarikat SAFF CONSULTANT .

            Sepanjang seminar ini dijalankan Encik Romadan mengetenggahkan corak seminar secara santai bagi  memberi peluang kepada  para pelajar bertanyakan soalan secara langsung sekiranya terdapat sebarang persoalan yang perlu untuk dijelaskan secara lanjut. Seminar ini Dilaksanakan melalui tiga sesi dan memakan masa selama lebih kurang tiga jam setengah. Sesi pertama lebih menjurus kepada bidang kejuruteraan secara umum dan menyeru para pelajar menanamkan minat dan semangat untuk mempelajari segala teori dalam bidang kejuruteraan untuk memastikan para pelajar dapat mempraktikkan ilmu tersebut  ketika berkerja di lapangan industri.
             Tambahan pula, suatu nilai tambah perlu ada dalam diri seorang pelajar kejuruteraan bagi mempersiapkan diri pelajar  apabila sebarang soalan yang berkaitan dengan kursus yang diambil,contohnya pelajar haruslah bersedia dengan sebarang penukaran unit (Standard Unit) yang sentiasa diaplikasikan ketika di industri kelak kerana tidak semua unit yang dipelajari ketika di universiti akan digunapakai ketika di industri. Pelajar  haruslah tahu mengunakan unit-unit yang ditetapkan oleh British seperti feet, cfm ,l/s, Btu/hr dan gallon. Sesi pertama ini membuka mata para pelajar bahawa cabaran ketika mengharungi alam pekerjaan nanti adalah sangat mencabar dan perlunya nilai tambah dalam diri pelajar bagi merungkai permasalahan seterusnya melahirkan model jurutera yang berkualiti dan profesional dalam segenap aspek kejuruteraan yang telah dikhususkan.      
                  
          Sesi kedua seminar ini juga berorentasikan konsep santai iaitu Encik Romadhan hanya menunjukkan lakaran rekabentuk penyaman udara yang telah disiapkan oleh beliau bagi beberapa bangunan dalam bentuk lukisan AutoCad dan Blueprint. Antara pengisian sesi tersebut beliau telah memberikan satu bentuk kes pembelajaran (case study) dalam bilik seminar bagi mengukur nilai penyejukan dalam bilik tersebut,dengan berbekalkan formula ringkas para pelajar telah mengira nilai penyejukan dan kuasa kuda ( Horse Power) bagi setiap ruang pengaliran udara (Duct system). Disamping itu beliau sendiri memberi tahu beberapa bebanan penyejukan bagi setiap ruang tertutup misalnya sebuah pejabat haruslah mempunyai lingkungan beban sebanyak 60-65 Btu/hr. Secara kesimpulanya sesi kali ini memberi peluang kepada para pelajar mampraktikkan kebolehan untuk mengira julat suhu dalam suatu permasalahan situasi yang telah sitetapkan.

         Penyaman udara secara umumnya mempunyai beberapa unit yang perlu diketahui iaitu split unit,window unit, Varable refrigerant Flow dan  Chilled water system, sesi ketiga lebih menjurus kepada penyataan masalah dan akan dijawab secara langsung oleh Encik Romadan( Question and Answer).Beberapa percambahan telah diberikan semasa sesi ini iaitu jenis pengudaraan dalam penyaman udara ada tiga jenis seperti pemasangan pada dinding (wall mounted), cyling asset dan  cyling expose. Kesesuaian meletakkan sistem penyaman udara di dalam bilik amatlah penting bagi memberi keselesaan kepada pengguna dan mengekalkan kefisyenan pengaliran udara berjalan lancar dan mengambil kira sistem perpaipan serta jenis- jenis paip yang digunakan.

          Setiap permulaan ada perakhiranya, seminar ini berakhir dengan jayanya yang memberi input berguna kepada para pelajar pengkhususan untuk bidang kejuruteraan. Keramahan encik Romadan merupakan kunci pemahaman yang begitu jelas oleh para pelajar kerana beliau memberikan realiti sebenar dan beberapa contoh permasalahan  yang turut memberikan peluang kepada para pelajar bertanyakan soalan waima kerjaya beliau sebagai seorang perunding kejuruteraan, beliau menyeru para pelajar agar gigih berusaha dan menuntut ilmu bagi mempersiapkan diri dalam segala cabaran yang mendatang.

Disediakan oleh,                                       - Dengan hikmah,kita meneroka.-                    
( Saharuddin Bin Bolong)                                  

Manusia Normal adalah manusia yang sentiasa Mengejar Cita2nya....

0 comments

Sifu & Mustika

*Kalau di Malaysia ni..siapa tidak kenal dengan sifu M.Nasir..
*mau di katakan semua pelusuk artis kenal sama ini orang...(sabahku keluar)
*Kalau dulu abg2 cakap dia ni pengasas kumpulan Kembara..mmg famous suatu ketika dahulu ...
*kalau di Kg ku budak2 selalu jamming lagu Kembara anak Jalanan..lagu kumpulan dorang ni la..
*terlintas pulak nak tulis pasal abg Nasir ni..semua lagu2 ciptanya aku minat..
*Lagi2 kalau lagu Mustika...ada maksud yang  perlu aku   fahami..tapi aku memang suka...
*lagu2nya ni banyak berunsur nasihat,alam dan diri manusia...
*cikgu ku pernah cakap yang lagu2nya ni 3D(untuk dia, untuk pendengar,dan untuk alam)..
*Antara lagu2 Malar hijau ciptaan M. nasir ni seperti:Fantasia Bulan madu(search),Sejati(wings),dan istana menanti(Rahim maarof),tengok aku sebut semua lagu2 from otai rock...makanya banyak kumpulan Rock kapak Born from M.nasir..
*walaupun lagu2 M.Nasir banyak kepada muzik&irama melayu
beliau amat memahami semua genre muzik...2la pasal orang cakap dia sifu...
*nak cerita pasal anugerah. Dari penulis lirik ,pelakon,penyayi dan pengarah semua pernah dapat gelaran TERBAIK!!!!!... 

Latarbelakang

M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamad (Lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, serta pelukis yang menetap di Malaysia. M. Nasir dilahirkan di Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.

sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/M._Nasir(copypaste je rupanye..)


Mustika


 Lagu yang menusuk kalbuku sekarang, tapi aku still Normal........





  Mustika  
Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika








        Kata mustika, mastika dan mestika digunakan bersilih ganti kerana ramai yang menganggapkan bahawa kata tersebut mempunyai makna yang sama. Sebenarnya hanya kata mestika sahaja sepatutnya digunakan, yang lain-lain itu sebenarnya tiada dalam kamus.Mustika dan mastika sebenarnya wujud mungkin kerana faktor kedangkalan ilmu bahasa dan kekerapan penggunaannya seharian. Misalnya kata ‘mustika‘ sering kita dengar melalui nyanyian artis tersohor tanah air.Kata ‘mestika’ membawa maksud sejenis batu sakti yang biasa terdapat di dalam kepala ular, batu geliga, gemala. Mestika juga bermaksud batu permata yang berharga.
      Namun lumrahnya, kata mestika sering dimaksudkan sebagai maksud tercantik dari segi rupa paras, sesuatu yang amat disayangi.






  • Setiap yang Normal,akan menyukai keindahan dan kecantikan...
  • Setiap yang Normal juga perlukan kasih sayang antara satu sama lain....
0 comments

The art of soccer games

Monday, February 21, 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..aku harap semua dalam keadaan  normal.Post kali ini aku nak tulis mengenai bola..semua  orang tau pasal bola kan..?.Aku seorang yang meminati bola sepak  sejak di bangku sekolah lagi waima sekolah rendah mahupun sekolah menengah,namun pencapaian karier bola sepak aku hanya setakat peringkat negeri sahaja,(IQ bola tak power sangat nak buat macam mana)....

Team apa yg engko minat...??

Siapa Pemain yang menjadi idola..???

Biasala...bila borak pasal bola...soalan macam gitu la yang sentiasa ditanya...
Nak cerita pasal "favourite" team ni...semua team  handalan aku minat...seperti Barcelona,Real madrid,Chelsea,Manchester united,arsenal,Inter milan,..tapi aku lebih dan sangat meminati Barcelona.Aku meminati Barcelona bukannya star-star yang ada kat team tu...tapi aku mengilai corak atau stail  yang mereka pamerkan setiap kali turun membuat perhitungan.Kalau nak tau stail  barcelona main ni dipanggil “tiki-taka”..kalau mat2 bola secara amnya dan  khususnya kepada mat2 barca(catalan boy) ni memang tau la "style" tu....menurut wikipedia  “tiki-taka” ni   berasal daripada perkataan sepanyol yang  dieja “ tiqui-taca” dan merupakan identiti stail  permaianan sepanyol abad ini,bermain dengan hantaran bola pendek berserta  gerakan , bola dimainkan dengan pelbagai “side ”, tetapi tetap mengawal posisi dan pemikiran (teamwork mentalily),Luis aragones dan vicente del bosque merupakan perintis bagi stail “tiki-taka”....

siapa orang yang aku cakapkan tu.....

tanya la wikipedia..!!!!...aku nak cite pasal “tiki-taka” ni je...

Nak tau lebih jelas...tengok video ni...macam mana The Galaticos diper"tiki-taka"kan oleh The Catalan..





apa-apa pun “tiki-taka” ni juga boleh dimainkan oleh semua team janji semua dalam keadaan normal(main tu elok2 la jangan tamak nak score je..passing-passing bah..) dan tau nak mensenikan permaianan bola (jangan nak main custom je kalau  dah “lead”)...aku harap sangat team Malaysia ku tercinta dapat mempraktikkan stail ni.Seterusnya aku nak  tabik spring kat team Malaysia yang baru menjuarai piala AFF suzuki 2010 baru-baru ni....xyah lah cite panjang-panjang pasal kejuaraan team Malaysia ni.....Rakyat dah tau dengan “detail” sebab tak habis-habis diuar-uarkan kat media...kalau dah kalah tu faham-faham la.....

eh....lupa plak  nak bagi tau kat korang  siapa "favourite Player(FP)"aku pulak.Aku nak  cerita FP aku ni  berkait dengan seni bolasepak(yela..memang la cerita pasal bola..tak kan pasal seni lain pulak.)...
tapi aku dah ngantok la....aku sambung di bahagian kedua pulak la...boleh kan...???
(boleh je...my blog is not your blog..!)

Ok la..cukuplah post untuk kali ini...sekian ...wassalam....

Kalau dah normal tu,semua kerja jadi....

 
5 comments

From Zero ingin menjadi hero...!!!

Thursday, February 17, 2011

ya...aku bukan seorang bloger....
ya....aku bukan seorang penulis ataupun "journalis" yang pandai mengarang....
ya....aku budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan..!!
ya....aku butuh ajaran dan latihan....
ya....aku menulis bukan kerana nama semata...
ya....aku menulis kerana lontaran desakan hati untuk mencurah apa terbenak dalam mata pemikiran ku....
ya....aku sahar,aku seorang lelaki,aku seorang remaja,.....
ya....aku menulis semua ini "Di Atas Normal"!!!!hehehehehe


(ingat tag line aku....semua "di atas normal"...)
 

like

Code

Be Cool